Kenyataan Terhadap Keganasan di Palestin

Pasukan Bantuan Sukarela 12 Pk (PBS) 12 Kota Lama Kiri
Mengutuk sekeraskerasnya
serangan yang dilancarkan oleh
rejim Yahudi Zionis terhadap Pergerakan Hamas dan penduduk
awam Palestin di Semenanjung Gaza sejak seminggu yang lalu.
Sehingga kini, lebih 500 orang telah terkorban dan angka itu
semakin meningkat dan jika dibiarkan, Gaza City terpisah dari
dunia luar dan meningkatkan lagi krisis kemanusiaan di
Palestin. Sikap Amerika Syarikat yang lepas tangan dan
membenarkan tindakan Zionis turut diselar. Sebagai satu unit
dibawah Bulan Sabit Merah Malaysia, PBS 12 berharap agar
serangan terhadap orang awam di Palestin dihentikan dan
pihak yang bertelagah segera membuat genjatan senjata agar
kesejahteraan manusia tidak dipermainkan dengan begitu
mudah. Kami juga mengharapkan masyarakat Malaysia dan
antarabangsa bersamasama
memberi sumbangan berupa
bantuan perubatan, makanan dan pakaian kepada mangsa
atas dasar kemanusiaan.

XPDC Jatidiri Gunung Bubu

Tajuk: XPDC Jatidiri Gunung Bubu

Anjuran: Pasukan Bantuan Sukarela 12

Tarikh: Sabtu-Isnin, 20-22 Disember 2008

Tempat: Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar

Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional Negeri Perak

Tajuk: Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional Negeri Perak

Anjuran: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

Tarikh: Jumaat-Ahad, 21-30 November 2008

Tempat: Suria Beach Resort, Pulau Pangkor

PBS 12 akan menghantar seramai 3 orang ahli iaitu Penolong Komandan Mohamad Imran bin Ishak, Kuartermaster Iqmal Ul Izhar bin Zainee dan Ketua Tugas-tugas Khas Wan Muhammad Azrul bin Wan Azhar.

Kem Latihan Kepimpinan dan Skim Lencana Kecekapan Kanak-Kanak

Tajuk:Kem Latihan Kepimpinan dan Skim Lencana Kecekapan Kanak-Kanak

Tarikh: Jumaat-Ahad, 29-31 Ogos 2008

Tempat: Taman Rekreasi Pecah Batu, Manong

Majlis Bacaan Yassin

Tajuk: Majlis Bacaan Yassin Untuk Pelajar-pelajar PMR & SPM 2008 Sekolah Menengah daerah Kuala Kangsar

Tarikh: Sabtu, 28 Ogos 2008

Masa: 4 Petang

Tempat: Surau Madrasah Idrisiah

Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat datang ke laman Pasukan Bantuan Sukarela 12 PK (PBS) 12 Kota Lama Kiri. Di sini kami pihak Admin ingin memohon maaf kerana kesulitan yang berlaku.

Kenapa?

Laman rasmi PK (PBS) 12 yang lama [http://pkvad12.my5gb.com] telah mengalami masalah dan gagal berfungsi. Oleh itu laman telah berpindah ke hosting wordpress.com.

Sekali lagi kami memohon maaf ke atas apa yang berlaku. Teruskan mengokong perjuangan PBS 12!.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.